Monday, October 27, 2014

CARA MEMBAIKI KEBOCORAN HYDRAULIC

Mesin injection moulding biasanya mengunakan sistem hydraulic. Kebocoran biasa berlaku kerana system hydraulic mempunyai tekanan yang tinggi. Biasanya o ring perlu ditukar sama ada ianya telah pecah atau sudah keras.
kawasan yang selalu berlaku kebocoran
setelah  dibuka
o ring yang patut ditukar
BIASANYA KEROSAKAN O RING ADALAH JANGKA HAYAT ATAU PERMUKAAN ROD YANG KASAR ATAU HAUS DAN MELUKAKAN O RING. SOP- MATIKAN PUMP (MOTOR) HYDRAULIC SUPAYA TEKANAN TURUN SEDIAKAN TAKUNGAN MINYAK. BUKA NAT ATAU SCREW DAN TINGGALKAN SATU SCREW. BUKA SEDIKIT SCREW YANG SATU TADI SUPAYA MINYAK KELUAR DENGAN PERLAHAN KE TAKUNGAN MINYAK. KELUARKAN O RING. BIASANYA TERDAPAT 2 ATAU LEBIH O RING. PASTIKAN O RING TIDAK DIPASANG TERBALIK. KERANA O RING MEMPUNYAI INJAP SEHALA. JIKA TERBALIK O RING TIDAK DAPAT MENYEKAT MINYAK DARI KELUAR. 

Thursday, October 23, 2014

CARA-CARA MENGIKAT MOLD

gambar 1

gambar 2

gambar 3
Cara mengikat mold adalah sangat penting, ia melibatkan keselamatan. Jika pekara ini diabaikan ianya boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan parah jika berlaku kemalangan. lihat gambar 1, inilah cara yang betul. jarak 'a' dan jarak 'b' adalah sama, ini adalah untuk mengimbangi kekuatan ikatan mold dan sangga sama kuat. Dan jarak 'c' dan 'd' adalah sama adalah supaya clamp yang di ikat stabil dan tidak tergelincir. ketebalan sangga dan ketebalan mold adalah sama. cara menguji kekuatan ikatan adalah setelah diikat kuat cuba ketuk sangga jika sangga bergerak bermakna ikatan tidak cukup kuat. kedalaman ikatan screw adalah 1 setengah hingga 2 inchi. Lihat gambar 2, inilah cara yang paling baik. jarak 'a' lebih panjang dari jarak 'b' ini memberi kekuatan yang lebih pada mold. carilah lubang screw yang paling hampir dengan mold. lagi dekat lagi baik. Lihat gambar 3, inilah cara yang salah yang boleh menyebabkan mold jatuh dan boleh melibatkan kemalangan.

Friday, February 21, 2014

MESIN PARAMETER DATA

contoh parameter mesin buatan china (haixing)

contoh parameter mesin buatan jepun (toshiba)
SETIAP MESIN INJECTION MOULDING MEMPUNYAI PARAMETER. TIDAK KIRA APA JENAMA MESIN SEKALIPUN. CUMA KEDUDUKAN PARAMETER SAHAJA YANG BERBEZA NAMUN MASIH MEMPUNYAI  ASAS YANG SAMA. IANYA  MEMPENGARUHI KUALITI PRODUK .ANTARANYA ADALAH.
1. INJECTION PRESSURE
2. INJECTION SPEED
3. INJECTION TIMER
4. INJECTION HOLDING
5. SCREW POSITION
6. TEMPRATURE
7. HOLDING TIMER
ASAS SETTING PARAMETER DAN KESANNYA JIKA TERLALU TINGGI ATAU TERLALU RENDAH

1. INJECTION PRESSURE

A)RENDAH
A-1. SHORT MOULD
A-2. SINK MARK
A-3. FLOW MARK
A-4. WELD LINE
A-5. SHINING
B)TINGGI
B-1. FLASHING
B-2. WHITE MARK
B-3. CRACK
B-4. BROKEN
B-5. OVER PACK

2. INJECTION SPEED

A) RENDAH
A-1. SHORT MOULD
A-2.WELD LINE
A-3. FLOW MARK
A-4. SINK MARK
B)TINGGI
B-1. FLASHING
B-2. WHITE MARK
B-3. BUBBLE
B-4. BURN MARK
B-5. FLOW MARK

3.INJECTION TIMER

A.RENDAH
A-1. SINK MARK
A-2. SHORT MOULD
A-3. SHINING
A-4. WELD LINE
B. TINGGI

B-1. WHITE MARK
B-2. PIN MARK
B-3. CRACK
B-4. BROKEN
B-5. OVER PACK
B-6. FLASHING

4. INJECTION HOLDING

A. RENDAH
A-1. SINK MARK
A-2. SHORT MOULD
B. TINGGI
B-1. CRACK
B-2. PIN MARK
B-3. WHITE MARK
B-4. BROKEN
B-5. OVER PACK
B-6. FLASHING
















Wednesday, February 19, 2014

BLACK DOT DAN PENYELESAIANNYA

ROOT COUSE
1)   MATERIAL KOTOR    
       Material original yang mungkin dicemari oleh habuk atau
       Material crushing mungkin ada habuk atau kekotoran.
 
CORRECTIVE ACTION
 =   Bersihkan runner atau part yang hendak di crushing dari habuk dan 
       kekotoran dengan air gun.  
 
ROOT COUSE
2)  MATERIAL CRUSHING    
      Material crushing yang tidak bersih semasa proses crushing.
 CORRECTIVE ACTION
         
 =  Gunakan material original jika tiada material crushing yang bersih.
 
ROOT COUSE
3 ) HOPPER DRYER TIDAK BERSIH  
      Sebelum menukar material baru, hopper dryer tidak 
      dibersihkan dari habuk dan material lama.
 
CORRECTIVE ACTION
 =  Gunakan air gun untuk membersihkan hopper dryer dari material 
      sebelumnya  
ROOT COUSE
4 )  NOZZLE T/ BARREL TIDAK BERSIH  
       Barrel dan nozzle tidak dibersihkan dari material 
       sebelumnya.  
 
CORRECTIVE ACTION
         
 =  Semasa menukar material hitam/gelap ke material putih/cerah nozzle 
     atau barrel hendaklah dibersihkan .  
ROOT COUSE
5)  NOZZLE / BARREL TERLALU PANAS  
      Material menjadi terlalu panas ( over heart ) menyebabkan 
      material putih/cerah menjadi hitam.
 
CORRECTIVE ACTION
         
 =  Kawal suhu barrel/nozel. Periksa bacaan suhu nozzle/barrel tidak 
      melebihi 10°C dari bacaan yang di setkan.  
 
ROOT COUSE
6)  MOULD KOTOR    
      Habuk yang melekat pada mould akan menyebabkan 
       kekotoran yang melekat pada part.
 
CORRECTIVE ACTION
         
 =  Bersihkan pemukaan mould dari sebarang habuk dan kekotoran 
      menggunakan air gun dan kain.  
   
         
 
   
 
 
 
 
 
         
     
 
         
 

   
 

FLASHING DAN PENYELESAIANNYA


ROOT COUSE
1)   MOULD TERLALU PANAS  
       Mould terlalu panas mungkin disebabkan water system
       yang tersumbat.
 
CORRECTIVE ACTION
         
 =   Periksa water system sama ada tersumbat atau pengaliran tidak lancar,
       Jika mengunakan chiller periksabacaan suhu. Tambah tahap penyejukkan
       chiller jika perlu.
ROOT COUSE
2)  MOULD KOTOR    
       Mould kotor dari minyak, habuk,plastic yang 
       menyebabkan mould tidak rapat.
 
CORRECTIVE ACTION
         
 =  Bersihkan mould daripada plastic, minyak dan kekotoran.
 
ROOT COUSE
3 )  CLAMPING KURANG/RENDAH  
       Mould tidak dapat tekanan yang secukupnya
       menyebabkan mould rengang.
 
CORRECTIVE ACTION
         
 =  Periksa bacaan clamping force dan periksa tahap bacaan paras minyak    
      hydraulik. Tambah minyak hydraulik jika kurang.
 
ROOT COUSE
4 )  MOULD ROSAK    
       Insert patah atau rosak.Slider renggang,slider spring rosak.
 
CORRECTIVE ACTION
         
 =  Betulkan insert  yang patah atau rosak. Betulkan slider dan tukar spring 
     baru. Hantar mould ke mouldmaker jika perlu.
 
ROOT COUSE
5 )  HEATER NOZZLE / BARREL TERLALU PANAS
       Material terlalu cair /panas dan masuk ke tempat yang tidak
       sepatutnya di dalam mould.
 
CORRECTIVE ACTION
 =  Pastikan bacaan suku nozzle dan barrel tidak melebihi 10°C dari yang di
      setkan. Tukar atau betulkan thermocouple jika thermocouple rosak
      atau longgar.  
 
ROOT COUSE
6)  INJECTION SPPED TINGGI  
      Material masuk ketempat yang tidak sepatutnya di dalam 
      mould.
           
 
CORRECTIVE ACTION
 =  Kurangkan atau turunkan injection speed untuk minimumkan flashing
      atau menghilangkan flashing.  
 
ROOT COUSE
7)  INJECTION PRESSURE TINGGI
      Tekanan yang tinggi menyebabkan material masuk ke 
      tempat yang tidak sepatutnya didalam mould.
 
CORRECTIVE ACTION
   
 =  Kurangkan atau turunkan injection pressure untuk minimumkan flashing
      atau menghilangkan flashing.  
         
   
       
   
       
       
   
 
         
   
 

Saturday, February 15, 2014

SINK MARK DAN PENYELESAIANNYA

ROOT COUSE
1)   SUHU NOZZLE / BARREL RENDAH / PANAS
 a)  Suhu nozzle / Barrel yang rendah boleh menyebabkan 
       material yang masuk ke mould tersekat.
 b)  Suhu nozzle/ barrel yang terlalu panas menjadikan part 
        lambat sejuk.
CORRECTIVE ACTION
         
 =   Pastikan suhu nozzle/barrel berada didalam keadaan yang baik iaitu tidak
       kurang atau lebih dari 10°c dari bacaan yang telah disekat. Periksa 
       heater band atau thermocouple.  
 
ROOT COUSE
2)  MOULD TERLALU PANAS  
      Keadaan mould yang panas menyebabkan penyebabkan 
      penyejukan part berlaku dengan sempurna.
CORRECTIVE ACTION
 =  Periksa system penyejukan mould, sama ada tersumbat atau pengaliran 
      yang tidak sempurna. Jika menggunakan chiller periksa suhu chiller. 
      Tambah tahap penyejukan jika perlu.  
 
ROOT COUSE
3 )  NOZZLE LEAKING    
       Material yang sepatutnya masuk ke mould telah 
       berkurangan akibat kebocoran.
 
CORRECTIVE ACTION
 =  Bersihkan nozzle yang leaking. Sejajarkan kedudukan nozzle dan mould.
 
ROOT COUSE
4 )  NOZZLE TERSUMBAT / TERSEKAT  
       Material yang sepatutnya masuk ke mould telah tersekat
       dan tidak dapat masuk dengan sempurna ke mould.
 
CORRECTIVE ACTION
         
 =  Buka nozzle dan bakar untuk mengeluarkan benda asing yang tersekat 
      selain plastic contohnya besi,logam,kayu,batu.
 
ROOT COUSE
5)  MATERIAL TERSEKAT    
      Material yang sepatutnya ke mould tidak dapat masuk ke 
      mould atau berkurangan.
 
CORRECTIVE ACTION
         
 =  Periksa hopper dryer sama ada terlalu panas menjadikan material 
     membeku atau menggunakan material crushing yang mengandungi  
     runner atau part yang tidak hancur dengan sempurna yang menghalang
     material turun.  
   
ROOT COUSE
6)  INJECTION PRESSURE / INJECTION HOLDING RENDAH    
      Material tidak dapat tekanan secukupnya untuk masuk
      ke mould.
  
CORRECTIVE ACTION
         
 =  Tambah tekanan suntikan ( Injection pressure ) dan tambahkan holding
      pressure, jika perlu tambahkan injection timer.
         
       
 
       
   
 
   
       
 
     
 
       
   

SILVER STREAK DAN PENYELESAIANNYA

ROOT COUSE
1)   MATERIAL LEMBAB
       Material mengandungi air atau kelembapan bergantung 
       dengan jenis material.

CORRECTIVE ACTION
 =  Gunakan Hopper dryer untuk mengeringkan air atau kelembapan. Setiap 
      material mempunyai suhu pengeringan dan waktu pengeringan yang 
      berbeza.
ROOT COUSE
2)  SUHU NOZZLE PANAS
      Material akan menjadi terlalu panas ( over heat ).

CORRECTIVE ACTION
 =  Kawal suhu kepanasan nozzle bergantung pada jenis material. Jika 
     disebabakan thermocouple betul kan atau bersihkan thermocouple
     pastikan bacaan tidak melebihi 10°c dari bacaan yang  disetkan.

ROOT COUSE
3 )  NOZZLE TERSUMBAT
       Material yang sepatutnya masuk ke mould tersekat atau
       tidak lancar.

CORRECTIVE ACTION
 =  Bersihkan nozzle, bakar nozzle jika ada bahan lain selain plastic seperti 
     besi,batu,kayu untuk mengeluarkan bahan asing tersumbat.

ROOT COUSE
4 )  NOZZLE TIDAK PANAS
       Material yang masuk ke mould tidak lancar dan tersekat

CORRECTIVE ACTION
 =  Periksa heater band nozzle, jika rosak tukar nozzle heater band baru. 
     Pastikan bacaan tidak kurang 10°c dari yang telah di setkan.

ROOT COUSE
5)  BACK PRESURE RENDAH
      Material yang masuk ke mould kurang mampat dan udara 
      lembab tidak dapat keluar.

CORRECTIVE ACTION
 = Tambahkan screw back pressure untuk memampatkan material yang akan 
     masuk ke mould.
 
ROOT COUSE
6)  SUCK BACK
      Suck back terlalu banyak menyebabkan udara dapat
      masuk dengan banyak.

CORRECTIVE ACTION
 =  Kurangkan suck back untuk mengurangkan kemasukkan udara.

ROOT COUSE
7)  INJECTION SPEED / TINGGI ATAU RENDAH
      Bergantung jenis material dan jenis part yang di buat.

CORRECTIVE ACTION
 =  Kurangkan atau tambahkan injrction speed bergantung pada jenis material
     dan jenis part yang di buat.