Monday, February 4, 2013

BURN MARK




  1. MASALAH 1: BURN MARK........Bagaimana hendak mengelakkan burn mark?...ada beberapa yang perkara menyebabkan burn mark.                                                                                                                    1. burn mark terjadi apabila resin yang disuntik masuk ke dalam mould dengan kelajuan yang tinggi. penyelesaiannya perlahankan kelajuan suntikan.               2. burn mark juga boleh terjadi kerana kepanasan heater semasa proses pencairan terlalu panas.(setiap jenis resin mempunyai tahap pemanasan yang berbeza suhunya) penyelesaiannya turunkan kepanasan heater.                                                                                                                       3. burn mark boleh juga terjadi apabila mould terlalu panas. penyelesaiannya periksa system penyejukan mould. (chiller, normal water ).                                        4. burn mark juga boleh terjadi apabila semasa proses suntikan, apabila resin disuntik ke dalam mould terlalu laju menyebabkan udara yang terperangkap didalam mould terbakar cuba lihat gambar di atas, burn mark terjadi di kawasan hujung atau terakhir di situlah udara terperangkap. setiap mould mempunyai saluran untuk udara keluar. (air vane). penyelesaiannya bersihkan saluran udara yang tersumbat (air vane).
bersihkan permukaan mould. biasanya air vane berbentuk seperti parit. anak panah merah itu adalah arah udara yang sepatutnya keluar semasa proses suntikan.
turunkan suhu heater band
turunkan injection speed ( perlahankan kelajuan suntikan )

No comments:

Post a Comment