Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan silver streak. 1. silver streak boleh terjadi kerana resin yang digunakan mengandungi kelembapan atau basah. penyelesaiannya keringkan resin mengunakan hopper dryer. tahap pengeringan bergantung pada jenis resin yang digunakan 2. silver streak boleh juga terjadi kerana suhu heater pada nozzle terlalu tinggi. sesetengah jenis resin tidak tahan dengan kepanasan yang tinggi.penyelesaiannya turunkan suhu nozzle. 3. ianya boleh juga terjadi apabila nozzle tersumbat oleh benda asing menjadikan lubang nozzle menjadi sempit.penyelesaiannya periksa nozzle. 4. silver streak boleh juga terjadi apabila kelajuan suntikan terlalu tinggi. penyelesaiannya turunkan kelajuan suntikan ( injection speed ). 5.silver streak boleh juga terjadi apabila screw back pressure rendah. menjadikan resin yang mencair kurang mampat sewaktu screw berputar. jadi ada ruang udara yang terperangkap di dalam resin. 6. silver streak boleh juga terjadi apabila suck back terlalu panjang. tujuan asal suck back adalah untuk memisahkan resin dari sprue. ini berlaku apabila sprue tidak mahu putus dan berekor. apabila suck back panjang (menarik screw setelah screw berhenti berputar). udara akan masuk terlalu banyak.
No comments:
Post a Comment