Monday, October 27, 2014

CARA MEMBAIKI KEBOCORAN HYDRAULIC

Mesin injection moulding biasanya mengunakan sistem hydraulic. Kebocoran biasa berlaku kerana system hydraulic mempunyai tekanan yang tinggi. Biasanya o ring perlu ditukar sama ada ianya telah pecah atau sudah keras.
kawasan yang selalu berlaku kebocoran
setelah  dibuka
o ring yang patut ditukar
BIASANYA KEROSAKAN O RING ADALAH JANGKA HAYAT ATAU PERMUKAAN ROD YANG KASAR ATAU HAUS DAN MELUKAKAN O RING. SOP- MATIKAN PUMP (MOTOR) HYDRAULIC SUPAYA TEKANAN TURUN SEDIAKAN TAKUNGAN MINYAK. BUKA NAT ATAU SCREW DAN TINGGALKAN SATU SCREW. BUKA SEDIKIT SCREW YANG SATU TADI SUPAYA MINYAK KELUAR DENGAN PERLAHAN KE TAKUNGAN MINYAK. KELUARKAN O RING. BIASANYA TERDAPAT 2 ATAU LEBIH O RING. PASTIKAN O RING TIDAK DIPASANG TERBALIK. KERANA O RING MEMPUNYAI INJAP SEHALA. JIKA TERBALIK O RING TIDAK DAPAT MENYEKAT MINYAK DARI KELUAR. 

Thursday, October 23, 2014

CARA-CARA MENGIKAT MOLD

gambar 1

gambar 2

gambar 3
Cara mengikat mold adalah sangat penting, ia melibatkan keselamatan. Jika pekara ini diabaikan ianya boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan parah jika berlaku kemalangan. lihat gambar 1, inilah cara yang betul. jarak 'a' dan jarak 'b' adalah sama, ini adalah untuk mengimbangi kekuatan ikatan mold dan sangga sama kuat. Dan jarak 'c' dan 'd' adalah sama adalah supaya clamp yang di ikat stabil dan tidak tergelincir. ketebalan sangga dan ketebalan mold adalah sama. cara menguji kekuatan ikatan adalah setelah diikat kuat cuba ketuk sangga jika sangga bergerak bermakna ikatan tidak cukup kuat. kedalaman ikatan screw adalah 1 setengah hingga 2 inchi. Lihat gambar 2, inilah cara yang paling baik. jarak 'a' lebih panjang dari jarak 'b' ini memberi kekuatan yang lebih pada mold. carilah lubang screw yang paling hampir dengan mold. lagi dekat lagi baik. Lihat gambar 3, inilah cara yang salah yang boleh menyebabkan mold jatuh dan boleh melibatkan kemalangan.