Saturday, February 15, 2014

SOP (STANDARD OPERATION PROCEDURE)

prosidur biasa semasa menghidupkan mesin injection moulding dan langkah-langkah yang betul untuk memastikan produk yang akan dibuat sempurna.                                                              langkah 1:
                pastikan material yang digunakan betul seperti jenis material , part name, part nombor.
Langkah 2:
                Pastikan mould yang dipasang pada mesin betul seperti part name, part nombor.
Langkah 3:
                lihat barel temperature, adakah bacaan temperature betul (bacaan set dan semasa adalah sama) sebab setiap jenis material (resin) mempunyai kepanasan yang berbeza. contohnya material (polypropylene) mempunyai kepanasan antara 200 0C hingga 240 0C. sebab jika material terlalu panas dan terlalu cair ia akan menghilangkan kekuatannya. dan jika ia masuk ke mould mungkin ia akan melekat dan hancur (rapuh).
Langkah 4.
Periksa parameter (setting data). setiap part (produk) mempunyai saiz yang berbeza. pastikan Resin yang diambil tidak melebihi dengan apa yang diperlukan. biarkan kurang sedikit dan dari apa yang diperlukan kerana jika lebih material yang lebih akan masuk ke tempat yang tidak sepatutnya semasa proses injection (flashing). periksa tekanan suntikan, kelajuan suntikan.
Langkah 5:
                periksa keadaan mould seperti ejector, slider dan system penyejukan kerana setiap mould ada sistem penyejukan yang berbeza seperti chiller, normal water, hot water, hot oil. kerana system penyejukan sangat penting dalam injection moulding.
Langkah 6:
                buangkan resin yang ada didalam barel (purging) untuk memastikan warna dan kelikatannya . jika terlalu likat resin tidak dapat masuk ke mould. (tambahkan kepanasan barel).
Langkah 7:
                Rapatkan mould, pastikan kedudukan screw ditempat yang betul seperti yang disetkan. rapatkan nozzle (barel) ke mould tekan butang auto atau semi auto untuk proses injection moulding.






No comments:

Post a Comment